Assalamualaikum :)
Happy wekends everyone! syok kan cuti 3hari. I loooveee it! Kepada yg x dpat cuti sila jeles.ngeh3.Esok Ahad berakhirnya bulan Syawal. No more raya raya okay.he. Minggu ni nampaknya semua pulun ada open house ye. Taman depan. belakang umah ni pom dari semalam lagi dok pasang lagu raya,bakar lemang, bakar satee. Heee, ekcelli kita pon raya gak. Raya puasa 6 esok. Alhamdulillah :)
Sememangnya puasa time bukan bulan puasa ni agak mencabar kan. Tetiba menu brekfas jadi sedap. Dan-dan ada nasi kerabu, my feberet. Cafe pulak cantik depan pintu lab. Alahai..Baru kol 10 pagi dah rancang siap2 nak makan apa untuk bukak puasa nanti. Ngalahkan budak kecik!
Semalam memang teringin sangat nak makan ayam percik. Call mak mintak resepi. Mak gelak je Hhehe. Balik umah tang tung tang tung Alhamdulillah, hilang kempunan nak makan ayam percik kelantan. Laen tau dengan ayam percik biasa. Sos percik kaler putih. Dap dap. Nyummm!
Ni resepi ayam percik kelantan versi Mak saya.
Bahan-bahan :
Ayam 5 ketul (3orang makan)
Bawang kecik
Bawang besar
Bawang putih
Serai
Halia
Santan
Asam keping
Garam, gula.
Cili padi
Belacan
Rebus ayam. Masukkan halia, bawang putih (tumbuk), serai (dititik), asam keping dan sedikit garam dalam rebusan. Biarkan sehingga isi ayam separuh masak. Angkat dan toskan.Untuk sos, blend halia,bawang kecik,bawang besar,cili padi, belacan.
Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Masukkan santan, serai yang dititik, gula, garam atau serbuk perasa. Kacau sehingga sos pekat. Bila santan dah pecah minyak tu bolehla matikan api.
Ambik sos percik, lumurkan pada ayam yg direbus. Perap seketika.Kemudian, panggang ayam tu. Bila dah masak sepenuhnya, ayam bkar percik bolehlah dihidangkan dengan sos lebihan yang dibuat tadi. Nyummm!
Heheee, sambil2 tnggu ayam dlm oven tu, sempat la jugak gorengkan kacang panjang dan isi ayam (garing2) untuk side dishes. Menu mesti pelbagai, kehkeh.
Sorry, no original pic to display :D Ngam2 siap masak orang dah azan apalagi ngapppp. Dah licin baru ingat kamera. Ishh3 *geleng2 kepala. Layan pic ihsan google la yek. Same je. Cuma kitew punya lagi mengancam *POYOSSS.
Lebih kurang ginila la ghopenye saya punya ayam percik semalam.
Sayur wajib ada.
Sambal telur leftover bukak puasa kelmarin. Tak elok membazir :D
Takde ni tak lengkap rasanya. Budu!
Dah asar dah. Time to go. Bersiap-siap weding anak bos malam nanti .Update later la pulak ye.
Bubyeeee ;)





No comments:
Post a Comment