Si Comey tengah SKODENG

Sunday 28 August 2011

Pre-Raya Part 2

29 Ramadhan, 1230 tengah hari :
lokasi- di sebuah rumah di Malaysia.

Situasi dan posisi masing-masing - 

Mak- Kat dapur. Masak ape ntah.
Abah- Parut kelapa nak buat rendang
Adik Pompuan no 1- Mop lantai
Adik Pompuan no 2- Basuh baju nak gi dating petang karang..cesss.
Adik lelaki- Merayap. Mak suruh g beli kicap sampai sekarang tak balik2 lagi..
Aku - curik-curik masuk dalam bilik dan tulih entri ni. Ponat den dari sbuh tadi lagi dok mengemas umah macam tongkang pecah sebab dekat nak raya baru nk kemas :P

Choww, mak aku dah bising!

Tuesday 23 August 2011

Deep in my heart




     Sayuu. seroiusly i am. Susahnya bila hati masih lagi tak mahu menerima kenyataan. Sukarnya bila redha dan pasrah tapi hanya di mulut, bukan datang dari hati yang ikhlas.

 Ya Allah, kuatkanlah semangat hamba-Mu ini dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Kentalkan hatiku menerima ujian-Mu.



''Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah Al-Insyirah: 5-6).




   Wahai Hati, ikhlaskanlah..Jangan pernah berhasad dengki malah iri hati.Jangan dibiar syaitan menguasai diri. Allah telah menetapkan takdir dan rezeki hamba-Nya masing-masing. Setiap ujianNya pasti terkandung hikmah disebalik


“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)


                                    




:'(

Monday 22 August 2011

Pre-Raya

       Minggu depan dah nak raya. Aigoyahh, cepatnya msa berlalu. Dan tepat pada jam 11.05 minit malam tadi, kali kelapan aku dengar mak aku dok riuh pasal kasut raya adik aku tak beli lagi. Sesungguhnya aku tak mengerti. Kenapakah ianya begitu penting sepentingnya spender kepada manusia? Why, why, tell me why?? Okay, melalut lantaran ketensenan melampau. Abaikan. 
 
       Persiapan raya? bagi aku yang jenis setakat lepas semayang raya terus mengadap tv ni, persiapan raya sangatlah biasa.Diulangi, SANGAT biasa. #bunguk sendiri tanya sendiri jawab. Dan raya kali ni, amatlah terserlah persiapan rayaku yang amat biasa-biasa itu. Mungkin faktor terlalu lama menternak lemak sambil mengoyang-goyangkan kaki dan tangan tanpa membuat sebarang keje sepanjang cuti 3 bulan ni..pehh, ko memang dasar pemalas -_-. Bila bukak radio,dengar lagu 'balik kampung' Allahyarham Sudirman pon tak rasa apa-apa, lantaran sudah berada di kampung beberapa purnama yang lalu.#oh i love this feeling. Kalau dulu kalut nak berebut tiket raya, berhimpit di stesen bagai tu, sekarang dengan senang hatinya rilexxs di rumahku syurgaku sambil makan kuaci dan layan muvi  #silajeles. 

So, kepada-


PERANTAU= pulanglah kekampung halaman terchenta anda.
PERANTAU YANG KENA KEJE TIME RAYA = sabar ye, raya taun depan boleh cuba lagi....KOT   :P

peace, no war :)

pstttt, apsal aku post entri sal raya awai sgt ea?

     




Thursday 18 August 2011

Hellooo...

Finally! 
Akhirnya dengan tidak malunya telah memberanikan diri sendiri untuk turut berbelog. Orang laen dok riuh buat biskut raya, kemas umah, pasang pelita aku pulak ngadap benda ne #anakcontoh. Teringin woh, tak kira..tak kira..
Komen dialu-alukan. Maka, dengarkan lah leteran hidupku......

:)