Si Comey tengah SKODENG

Tuesday 13 September 2011

Lunch Hour

Hai
Menunggu hujan berhenti, ada masa lebih ni coret-coret kat sini kejap. Lagi 5 minit jam 2, x lunch le hari ni nampaknye. Takpe, takpe. Breakfast tadi dah melantak mee goreng banjir kak ena yang gojes tu. Ofismate tapaw roti canai pom kita dah mengendeng-ngendeng tumpang sekaki. So, perut masih boleh tahan sampai petang. Tawaran lec tu x reply lagi, tertinggal pulak emel adress time kalut2 nak gi ofis. Aishh. Takpe, kalo tak sempat esok pagi before gi kelas sempat lagi. Tadi bukak fb kejap. Sayunya hati bila baca post-post diorang tengah counting days untuk konvo ni. Masing-masing tengah bzi isi survey la, saiz jubah la. Sob..sob.. tabah tabah ok. -_-

Time-time boring ni ambik masa tukar background lah. Gelap semacam je blog ni kan. Suram macam hati tuan dia. Tukar bagi ceria sikit. Baru hati pun ceria. Walala~

Dah pkul 2. KBYE~

:)

This is life.

       Hai hai boys and girls. Lamanya x updated blog. Kebizian mungkin? Apapun belum terlambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN biarpun kuih raya dah tinggal serdak, ketupat dan kuah kacang dah lama basi. Pejam celik, dah masuk seminggu lebih aku mula bekerja di JMB cheras ni. So far okay lagi. Walaupun langsung takde basic akaun, tapi slow2 belajar ok lagi kot. Heran heran. Minat bio, ambik chemistry, keje pulak ala-ala akaun. Pening, kan? =P

Jam 10 pagi tadi ada kelas. yeah satu-satunya kelas :(  Orang lain datang balik U sebab nak ambik jubah grad, aku pegi U sebab repeat klas. This is unfair. Kalau tak kerana insiden tension-jatuh-pecahdagu-rayuan-taklayan  tu semua mesti aku sekarang tengah menghitung hari nak ambik skrol. Sedih. Sayu. Tapi ni takdir kan? kan? 'Gitulah ayatku kalau sedih-pedih pikir pasal ni'. Dah dah kang nanges balik.

 Tadi masuk kelas, everybody looking at me and was like ''why she's still here?''. Junior, of coz. Mukaku tebal, hati pedih,malu jangan cakaplah even ma dah bagi kata-kata semangat before turun dari kereta tadi. Thanks ma.Sebab paham. Orang mintak maaf sebab tak dapat tunaikan hasrat ma nak tengok orang grad tahun ni. InsyaAllah, tahun depan ye ma. Walaupun ma diam je, walaupun ma sentiasa bagi perangsang dekat orang bila orang tengah sedih, tapi orang tau hati ma pun menangis. Tapi ma buat muka cool je. Orang tau. Maaf ye ma :( 

 Okeh. dah. Redha, itu yang penting. kan?

 Tadi lec offer jadi research assistant dia kat depart catalyst. Tak komfem lagi, tapi katanya lagi better sebab aku boleh aplikasi apa yang dah aku belajar, dari jadi not-so-called-akaun-ofis-girl yang takde kena mengena langsung dengan course aku kat UM tu. Alhamdulillah... masih ada rezekiku. Terima kasih ya Allah. Masih ada yang bersimpati dan sudi menghulurkan tangan. Mungkin minggu ni minggu last aku kerja kat JMB ni. Mungkin. Tapi tak cakap lagi kat boss. Tak berani. Tunggu masa yang sesuailah, sekarang dia tengah kalut je. I'm gonna miss JMB. Dah seronok kerja sini, tapi yang tak tahan terpaksa harung jammed pegi klas. Patut berhijrah nampaknya. Kan? Wait and see, InsyaAllah... 

U guys doakan semoga semuanya berjalan lancar eh :)